Thursday, December 9, 2010

Koleksi Peribahasa

Bila antan dan lesung berlaga,
  ayam juga yang kenyang.
 (Apabila dua pihak berkelahi, 
ada pihak ketiga yang akan mendapat keuntungan)


Seperti dedalu api hinggap di pohon kayu,
  hinggap di batang, batangnaya mati,
  hinggap di ranting, rantingnya mati.
 (Bangsa yang menjadi tuan di negerinya sendiri
telah tertindas oleh puak pendatang)

Seperti beliung besar ayun, kecil makannya.
(Sesuatu perbuatan yang lebih besar cerita daripada perbuatannya)

Seperti beras lembap, dijual tak laku, ditanak tak tuai.
(Sesuatu yang tidak seberapa nilai harganya dan kurang baik mutunya)

Seperti Buluh ditarik songsang.
(Pekerjaan yang terlalu sukar disiapkan kerana tidak mengikut urutan)

Seperti anjing mengunyah tulang.
(Orang yang selalu bersungut)

Seperti antah melukut, lapar sangat baru berguna.
(Sesuatu barang yang kurang baik, hanya digunakan apabila sudah
tidak ada pilihan)

Seperti air dalam kolam
(Orang yang tenang sikap dan budi perkertinya)

Seperti air dalam talam
(Negeri yang aman, damai dan sentosa)

Seperti  abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia
(Kedudukan yang tidak stabil atau mudah digugat )




Penjenisan Ayat

  • Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
  • Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
  • Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
  • Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
  • Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
  • Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

- Ayat Tunggal
  • Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
  • Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
  • Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Ibu negara kita Kuala Lumpur
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Di dalam almari tali leher ayah
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?

  • Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  • Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. 

- Ayat Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
Cuba teliti contoh di bawah.
(1) Aminah pandai menyanyi dan menari
(2) Aminah pandai menyanyi
(3) Aminah pandai menari
Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).
Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.
Lihat contoh berikut pula:
(1) Pengetahuan beliau sempit, kupasan-kupasannya cetek, serta contoh-contohnya pula tidak  menarik.
(2) Pengetahuan beliau sempit
(3) Kupasannya cetek
(4) Contoh-contohnya pula tidak menarik.

  • Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (1), (2) dan (3).
  • Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung ``serta.''
  • Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama.
  • Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan .
  • Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
  • Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .

- Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.


Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.
Perhatikan contoh berikut:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman. (2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman
(3) Kanak-kanak itu cedera
Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut:
Dia memberitahu sesuatu
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.
Dia memberitahu giginya sakit Dia memberitahu membeli baju baru
Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.
Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.
Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh:
Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.
Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:
kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.
Perhatikan pula contoh yang berikut:
(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu. (2) Atan menampar budak itu.
(3) Atan cepat naik angin
(4)  Budak itu suka mengintai orang kampung.
Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama. Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.
Lihat contoh berikut:
Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.
Lihat contoh berikut:
Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.
Perhatikan lagi contoh berikut:
(1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan (2) Jefri membeli novel Samad Said
(3) Novel Samad Said baru dipasarkan.
Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.


Sintaksis & Frasa

- Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,  
  dan   binaan atau konstruksi ayat.

- Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang- 
  kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia  
  berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih


Golongan Kata

Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu: 
  I.     Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa  
         berkembang) 
  II.    Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu,  
         amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya.Kata-kata  
         boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan  
         semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh 
         digolongkan kepada empat iaitu:
          I.      Kata nama 
         II.      kata kerja 
        III.      kata adjektif
         IV.      kata tugas 
  Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang
  terbuka

Tatabahasa 2

 Konsep Perkataan


Proses Pembentukan Kata


- Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.


1.Imbuhan Kata Nama

- Pemajmukan

1.Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau
  lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya. 
2.Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya: 
   i.       Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
  ii.       Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
 iii.       Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai 
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu: 
   i.       Umum
  ii.       Istilah 
 iii.       Kiasan/peribahasa



Tatabahasa 1


Sunday, December 5, 2010

Tahukan Anda?

Mengapa langit berwarna biru?  
Atmosfir bumi mengandung molekul gas kecil dan partikel (butiran) debu. Sinar matahari yang memasuki atmosfir tersebut bertemu dengan molekul gas dan partikel debu tadi. Warna sinar yang memiliki gelombang sinar lebih panjang seperti merah dan kuning, dapat melewati dan menembus molekul gas dan debu tadi. Tetapi warna biru yang memiliki gelombang sinar lebih pendek dipantulkan kembali ke atas atmosfir. Itulah mengapa langit terlihat berwarna biru. Prinsip yang sama berlaku juga dengan air di laut atau danau yang terlihat berwarna biru.
Untuk info seterusnya sila klik di bawah.
Menambah Pengetahuan